.:: Followers ::.

Kisah seram malissa iryani.



Ini betul tak tipu. Kejadian berlaku di terengganu. Bagi perempuan yang tak biasa jalan jauh atau jarang bawak moto/ kereta wajib baca.

Haritu dekat kg. serada. Petang. Selepas saya melepasi selekoh tajam tetiba ada sebuah lori besar bagi lampu.

"Eh knpa? Aku bukak lampu ke siang hari? Ke signal ?" Cek cek ok je.

Then lalu pulak kereta honda civik, bagi lampu jugak. Eh apesal plak ni. Lalu pulak moto RXZ. Bagi lampu jugak. Ah dalam kepala otak dah fikir bukan2. Hantu ke? Hantu ke? Hantu ke?

Tetiba teringat cerita HIJAB arahan piere andre. Kalau korang ingat, time dia balik dari bukak Hijab mata dia, ade seko hantu follow dia. Masa kereta dia rosak. Dia nak tumpang orang tapi org bagi2 lampu kat dia. Nak cakap yang ada hantu atas kepala dia tuh.

HAH!! macam tu la aku rasa masa tgh bawak kete n org bagi lampu. Meremang seyh

Aku pun pecut lelaju. Tetiba ade abang polis buat roadblock. Alamak x dan nak pusing! Dah la x tampal stiker "P". (Lesen besar 31 jan.. ecey.. haha) amek ko kene saman.

Balik je crite kat kawan. Kawan kita cakap. Kan dah bagitahu kalo org bagi lampu maknanya ada roadblock atau eksident.

Ha tulah, time orang asyik bercerita pasal kereta dan keadaan masa bawak kereta kita marah dia.

Kita kata "awak ni, dari shah alam, sampai ganu, asyik crite pasal kereeeeeta je, cerita lah pasal mende lain"

Hah amek ko setepek. Kan dah kene. Orang cerita buat deek aje.

Tapi hari ni masa bawak moto ade orang bagi lampu. Hehe ok dah tau ade roadblock, jalan sikit intai, ah betul, roadblock!! Maka pusing lah sebab lesen moto tadaakkk maaa....

Tergelak sorang2 atas moto. Hahaha..

K bai.

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...