"Maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang-orang yang memberi peringatan" (Al-Ghasiyah:21)
ALLAH ITU MAHA ADIL <3
Perempuan.. Di uji DI dunia.
kena pakai tudung, kena pakai stokin, dalam maksud lain, kena tutup aurat dengan sempurna. Lagi dasyat, kena banyak fitnah. kena taat perintah suami ( ini selalu tak ambil kisah, padahal kunci syurga), kena menjaga maruah diri, dan tak boleh berlebihan dalam berhias,,
sabar + redha = InsyaAllah syurga menanti.
Lelaki di beri kemudahan di dunia.
tak payah pakai tudung, tak payah pakai stokin, aurat senang di jaga, tak risau dengan fitnah, dan mudah nak buat apa saja,
tapi.
Tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak-anak, dosa tangungjawab yang tak di buat, dosa tak beri nafkah, dosa tak menjaga pandangan, dosa adik-adik,
sabar + redha belum cukup kerana lelaki akan ditanya tanggngjawab mereka di buat atau tidak di dunia ??
kalau melakukan tanggungjawab dengan baik = insyAllah syurga menanti
Allah itu MAHA ADIL.
lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan. Janganlah kita merungut dan tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita. Apa yang di suruh, itulah yang terbaik buat kita yang Allah ciptakan. Alhamdulillah, syukur
Dan Moga ALLAH redha :)
Sebaik-baik manusia ialah siapa yg banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Sebaik-baik manusia ialah siapa yg banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Kita tidak perlu curiga-mencurigai. Kita juga tidak perlu cemburu mencemburui. Ibarat malam dan siang.
Malam berkata kepada siang, "Aku amat cemburu padamu, kerana kau diterangi oleh Sang Mentari."
Manakala siang pula berkata kepada malam, "Aku amat cemburu padamu kerana kau amat indah dihiasi oleh bintang dan bulan."
Sesungguhnya, mereka...Saling Memerlukan untuk Melengkapkan Satu Pusingan yang Dipanggil Sehari Semalam. Begitulah ibaratnya kita yang perlu saling bekerjasama untuk sama-sama terus memajukan diri.
Terasa? Alhamdulillah, Allah menjentik hati kita ^_~
Kenal Hati & jiwa
Di beri akal untuk berfikir, bukan dikikir jadi sia-sia. Biar nampak kecik tapi akal besar, jangan badan besar tapi otak kecik. Kita di beri "angka" setiap tahun untuk membesar, di beri akal, just be profesional, dan ambil risiko dengan perkara di otak dan di hati.
Risiko : ikut hati jangan sampai mati, ikut rasa jangan sampai binasa, ikut jiwa jangan sampai lara, ikut masa jangan sampai sia-sia, ikut firasat jangan sampai sesat.
Tak nak ambil risiko jangan buat dan jangan fikir. Got it?
ada apa pada LISAN Yang KASAR?
ASSALAMUALAIKUM
Ucapan kasar itu penyakit menular berbahaya dan tidak mematikan kecuali bagi empunya.
Lisan kasar itu menghilangkan martabat lelaki. Bila itu wanita, maka jauh lebih mengerikan lagi
Lisan bergantung dengan apa yang di fikiir, baca, dan dengar. Bila kasar lisannya sudah pasti bukan Al-Qur'an yang jadi sumber.
Allah berfirman dalam Al-quran. Surah 3 A-li'Imraan ayat 159
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu."
Kelembutan itu rahmat Allah dan kekasaran itu musibah.
Muslimah bila lembut maka itu adalah tempatnya. Lelaki bila lembut, maka Rasulullah teladannya
Dan hakikatnya, lelaki lembut dan santun itu enggan dan tak mahu mendekati wanita yang berlisan kasar
Keimanan, ketenteraman, bahagia, dan romantik, tidak pernah menyatu dengan lelaki berlisan kasar.
Yang benar akan dianggap salah bila disampaikan secara kasar, maka jadilah lembut dalam menyampaikan yang benar.
Ayatnya Pendek-pendek, namun berharap agar mampu menusuk di Jiwa Insan.
Kelembutan itu rahmat Allah dan kekasaran itu musibah.
Muslimah bila lembut maka itu adalah tempatnya. Lelaki bila lembut, maka Rasulullah teladannya
Dan hakikatnya, lelaki lembut dan santun itu enggan dan tak mahu mendekati wanita yang berlisan kasar
Keimanan, ketenteraman, bahagia, dan romantik, tidak pernah menyatu dengan lelaki berlisan kasar.
Yang benar akan dianggap salah bila disampaikan secara kasar, maka jadilah lembut dalam menyampaikan yang benar.
Ayatnya Pendek-pendek, namun berharap agar mampu menusuk di Jiwa Insan.
Ujian Iman.

Salah satu ciri wanita yang perlu di cari mengikut Nabi adalah AGAMANYA, bukan PAKAIANnya.
Selalunya yang zahir atau luaran akan di nilai dahulu dan kemudian barulah dalaman. Masa jahil tak ada orang ambil tahu, dah pakai Jubah & tudung labuh, ramai pula yang mendekati. Ujian Iman.
dan Moga ALLAH redha (~_~)
(Surah al-Mu'minuun 23:107)(Surah al-An'aam 6:28)
"Robbanaa akhrijna minha fain udna fainna zolimun"
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
(Surah al-Mu'minuun 23:107)
"Bal bada lahumma kanu yukhfu na min qoblu walau ruddu la-'adu lima nuhu 'anhu wain nahum lakazibun"
"Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya; dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta."
(Surah al-An'aam 6:28)
Semantara kita masih bernafas, jom muhasabah diri.
HORMATILAH KAUM WANITA DUHAI ADAM~
♥ Bismillahirrahmanirrahiim ♥
~ HORMATILAH KAUM WANITA DUHAI ADAM ~
Akhlak seorang lelaki itu boleh dilihat bagaimana cara dia melayan wanita ..
Dan Akhlak seorang suami itu boleh dilihat bagaimana cara dia melayan Isterinya ..
Seorang lelaki yang baik akan selalu menghormati wanita
Dan seorang suami yang baik akan selalu memuliakan isterinya
Seorang lelaki terhormat tak akan pernah mempermainkan wanita
Dan seorang suami terhormat tak akan menyakiti hati isterinya
ARRIJALU QAWWAMUNA 'ALAN Nisa'i (lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita)
Maka bersikaplah sebagai pemimpin yang baik
Maka perlakukanlah kaum wanita degan baik
Maka bimbinglah kaum wanita degan baik
Maka hormatilah kaum wanita degan baik
* Bukan malah sebaliknya *
Mengajak wanita untuk melakukan kemaksiatan
Menjadikan wanita untuk dijerumuskan
Jagan sesekali mempermainkan perasaan orang lain walau pun sekadar basa-basi
Dan jangan suke meluahkan perasaan kepada seorang wanita walaupun ianya hanya sekadar basa-basi
Haram menjadikan wanita kekasih tampa berniat untuk menikahinya
dan ingatlah
Ibu yang paling kita hormati adalah wanita juga
Nak berdakwah BOLEH
Tapi pendakwahnya pun kene ikut ape yang di KHUDBAHKAN "
Jangan pulak kita berdakwah suke sangat meluahkan perasaan kepada kaum wanita "♥ ALLAH ALLAH ALLAHUAKBAR ♥
ARRIJALU QAWWAMUNA 'ALAN Nisa'i (lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita)
Maka bersikaplah sebagai pemimpin yang baik
Maka perlakukanlah kaum wanita degan baik
Maka bimbinglah kaum wanita degan baik
Maka hormatilah kaum wanita degan baik
* Bukan malah sebaliknya *
Mengajak wanita untuk melakukan kemaksiatan
Menjadikan wanita untuk dijerumuskan
Jagan sesekali mempermainkan perasaan orang lain walau pun sekadar basa-basi
Dan jangan suke meluahkan perasaan kepada seorang wanita walaupun ianya hanya sekadar basa-basi
Haram menjadikan wanita kekasih tampa berniat untuk menikahinya
dan ingatlah
Ibu yang paling kita hormati adalah wanita juga
Nak berdakwah BOLEH
Tapi pendakwahnya pun kene ikut ape yang di KHUDBAHKAN "
Jangan pulak kita berdakwah suke sangat meluahkan perasaan kepada kaum wanita "♥ ALLAH ALLAH ALLAHUAKBAR ♥
Allah. comelnya anugerah tuhan :)
bismillahirahmannirahim..
haaa.. tengok tak baby irma hasmie? comel lorh. alhamdulillah.. melimpah-limpah rezeki irma hasmie. Moga irma terus istiqamah dalam jihadnya. begitu juga kita. Manusia yang serba kekurangan. InsyaALLAh :)
haaa.. tengok tak baby irma hasmie? comel lorh. alhamdulillah.. melimpah-limpah rezeki irma hasmie. Moga irma terus istiqamah dalam jihadnya. begitu juga kita. Manusia yang serba kekurangan. InsyaALLAh :)
Saya teraniaya.
Bismillahirahmannirahim. T_T
saya teraniaya, si polan itu mengambil kesempatan setelah saya mengerah tenaga menolongnya. what a big surprise. Moga Allah membalas apa yang si polan itu lakukan pada saya dengan kebaikan. insyaALLAh saya takkan serik menolong orang walaupun saya di aniaya berulang kali. cuma perlu berjaga-jaga dan tak boleh tertipu dengan sebarang janji dari sesiapa.
saya teraniaya, si polan itu mengambil kesempatan setelah saya mengerah tenaga menolongnya. what a big surprise. Moga Allah membalas apa yang si polan itu lakukan pada saya dengan kebaikan. insyaALLAh saya takkan serik menolong orang walaupun saya di aniaya berulang kali. cuma perlu berjaga-jaga dan tak boleh tertipu dengan sebarang janji dari sesiapa.
ALLAH itukan MAHA PENDENGAR. ♥
Bismillahirahman nirahim (~_~)
Mak Aih. Kaso bebeno. Tapi Muhasabah untuk semua. Ada betulnya juga apa yg dikatakan pemuda itu. Bila kita rasa bersyukur,maka luahkanlah pada Allah. InsyaAllah peroleh lebih keberkatannya. Kalau post kat fb,orang boleh kata riak. Maka,Allah sahaja lah satu-satunya tempat pengaduan yang paling sesuai. ALLAH itukan MAHA PENDENGAR. ♥
ALLAH itukan
MAHA
PENDENGAR. ♥
Semuanya Dari ALLAH
Mulakan kehidupan dengan kebaikan dan keikhlasan,hadapi dugaan dengan senyuman. Apabila mendapat kebaikan,maka bersyukurlah,dan apabila mendapat keburukan,maka bersabar dan bersyukurlah. Semuanya adalah dari Allah..
semakin mantap iman, semakin besar ujian yang Allah akan berikan.. Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang..
semakin mantap iman, semakin besar ujian yang Allah akan berikan.. Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang..
(2:286)Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada..
HEBATNYA CINTA ILLAHI…
HEBATNYA CINTA ILLAHI…
"Segarkan cinta kita kepada yang lebih hak,
Dia yang menerima kita tanpa sebarang syarat
Dia yang begitu pemurah dengan memberi
Walau begitu sedikit Dia menerima daripada kita
Dia yang sentiasa mendengar dan mengawasi kita
Walau ingatan kita terhadap-Nya
Begitu nipis dan beralun
Dia...
Sehebat-hebat penyelamat
Ketika kita disisih orang, keluarga mahupun masyarakat
Benar...
Dia menerima kita tanpa sebarang syarat
Walau sehebat mana, seingkar mana dan sehodoh manapun kita..
"Segarkan cinta kita kepada yang lebih hak,
Dia yang menerima kita tanpa sebarang syarat
Dia yang begitu pemurah dengan memberi
Walau begitu sedikit Dia menerima daripada kita
Dia yang sentiasa mendengar dan mengawasi kita
Walau ingatan kita terhadap-Nya
Begitu nipis dan beralun
Dia...
Sehebat-hebat penyelamat
Ketika kita disisih orang, keluarga mahupun masyarakat
Benar...
Dia menerima kita tanpa sebarang syarat
Walau sehebat mana, seingkar mana dan sehodoh manapun kita..
"Antara Mata dan Hati" ~
"Mata menganggap hati menimpakan derita
Hatilah yang memaksakan kehendaknya
Namun tubuh menjadi saksi dusta mata
Bencana hati memang berasal dari mata
Andai kata tidak kerana mata tak kan ada cerita
Hati takkan terkapar menjadi korbannya
Limpa merana sebagai mangsa teraniaya kerana
Hati dan mata tidak tunduk kepada Sang Pencipta "
Mata adalah penonton dan hati adalah pendorong dan pembimbing
Mata memiliki kenikmatan pandangan dan hati memiliki kenikmatan pencapaian
Keduanya merupakan sekutu yang mesra dalam setiap tindakan dan amal perbuatan manusia dan tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain
"Ya muqollibal quluup tsabit qolbi'ala dinnik"
Wahai zat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku selalu kepada Agama-Mu
Diam Lebih Baik~
"Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid". Surah Qaff:18
Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu". [Musnad Imam Ahmad]
Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']
Nauzubillahi min zalidk
Bittaufiq Wannajah fil imtihan!
Untuk Student degree especialy my classmate :)
Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni...Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah..
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin
![]() |
ALLAH BERFIRMAN :"DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.." |
Andainya ditakdirkan kecemerlangan, itu sebenanya dari ALLAH,
Andainya ditakdirkan kegagalan, itu juga sebenarnya dari ALLAH ,
TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya.. Yang penting, kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.
Lulus dan gagal adalah cara lama mengkategorikan seseorang. cara baru adalah pengetahuan dan kejahilan.
saidina ali menyatakan "kalau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona'ah (puas), kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga kahirat, pakailah budi pekerti yang mulia."
ClassMate Gathering!
Assalamualaikum w.b.t.
Lama juga jari-jemari ini tidak meninggah kepapan keyboard, maklumlah, kerja selsesai, menaip pun malas la (dah penat menaip esement banyak-banyak ) ngee~. Ok Ok, minggu pembelajaran untuk student degree sudah habis. *Yahooo.. * So, sekarang ni mood study week. Study week nak buat ape? *study la wey*.. ouh, tidak2.. belum boleh mula study lagi.. heee..
sebelum berakhirnya minggu pembelajaran, perkara yang wajib class kitorang buat adalah.. tadaaaaaa... CLASSMATE GATHERING!!
untuk semsesta 5. kami pergi makan dekat AYAM BAKAR MAS MONO!.. weeeuuu... kami ada side dishes juga. cupcake and juga kek (apetah nama kektu).. best!! ..
Hope we all akan still together, dan sem depan pergi tempat2 best lagi.. ngeeee~
Lama juga jari-jemari ini tidak meninggah kepapan keyboard, maklumlah, kerja selsesai, menaip pun malas la (
sebelum berakhirnya minggu pembelajaran, perkara yang wajib class kitorang buat adalah.. tadaaaaaa... CLASSMATE GATHERING!!
untuk semsesta 5. kami pergi makan dekat AYAM BAKAR MAS MONO!.. weeeuuu... kami ada side dishes juga. cupcake and juga kek (apetah nama kektu).. best!! ..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Cupcake!! |
Hope we all akan still together, dan sem depan pergi tempat2 best lagi.. ngeeee~
~Para Hijabistar!.. Hijabistar la sangat~
sebelum keluar rumah..
tolonglah tengok cermin..
bukan tengok cantik ke tak..
tapi tengok pakaian kita ni Allah suka atau Allah murka...
~~
Q.S. Al-ahzab : 36
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki mukmin dan wanita mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata."
_______________________
Ustaz Hasrizal:
Allow me to say in bold and clear, some tudungs make the muslimah looked stupid (its a free country man. Im exercising my freedom of speech).
The responsible is not only to cover the aurah, kita juga ada maruah. Tutup aurat dengan fesyen yang kelihatan bodoh, memalukan Islam.
Pemakaian hijab yang huru hara dengan rupa bentuk yang menyanggah norm, adalah talbis iblis. Tipu daya iblis. Hijab, tetapi ultra tabarruj.
If you want to travel to Mekkah, why transit in Tel Aviv and Las Vegas? Choose Islam. Why confusing people with weird 'islamic fashion'?
Sesungguhnya hijab menjadi permainan wanita skrg. Sesuatu yang suci dan lambang taqwa berubah menjadi laughing stock atas nama open minded.
Hijab milik umat, milik Allah. Sebagai anggota umat, saya menyuarakan bantahan saya kepada fesyen yg memperbodohkan muslimah kita.
Saya bukan kolot, sudah lihat hijab dipakai merata alam. Dari Erzincan ke Tehran, Islamabad dan Nouakchott juga London, Paris dan Singapore.
Dan jauhkanlah diri dari orang yg jadikan agama mereka sbg permainan dan hiburan, dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia (Q6:70).
Mana tudung taqwa, mana tudung nafsu? Lihat di http://t.co/3UAwdh4W dan tanya iman di hati.
Jika pemakai tudung pelik berdegil dgn kata, “biarlah, asalkan tutup aurat”, dia perlu terima kata-kata “biar bodoh, asalkan tutup aurat”.
Fesyen bukan kebodohn. Fesyen adalah seni. Dan Allah sukakan keindahan seni. Tetapi bukan semua kesenian seni. Jangan hina fesyen dan seni!
Saya komen sebab saya cemburu dengan perkataan ISLAM dan MUSLIMAH. Kalau pakai tudung bodoh, dan tidak kaitkan dengan Islam, saya diam.
Yang terus pertahankan tudung pelik2, saya takde kuasa menahannya. Namun audience saya akan terus diberitahu, jgn pakai ia atas nama Islam.
Tajuk baju ketat, lelaki pun pakaian entah apa2 dan lain2, itu tajuk kelas kita akan datang. Minggu ni kelas bersihkan hijab dari penghinaan.
Adik-adikku sayang, demi Allah, buanglah rasa marah, tenangkan diri, tanya isi hati, tudungmu datang dari iman atau dari nafsu?
Jika tudung itu iman, iman itu Quran, bilakah kali terakhir kalian membuka Quran untuk menilai cara diri berpakaian?
Saya sangat kecil dan remeh. Tetapi hijab adalah Quran. Allah memeliharanya 1400 tahun dan Allah akan hancurkan penghancur hijab.
Jika pejuang hijab pelik mahu bersatu menentang kita, moga Allah segera zahirkan akhlaq sebenar mereka di sebalik hijab fitnah itu.
Wallahi saya tidak kenal majalah, tak tahu vlog dan tidak personalize teguran saya kepada mereka. Jika 'mereka' marah, Allah bantu maknanya.
Kalau JAKIM tegur, nanti JAKIM dituduh kolot, ortodoks, outdated. Biar saya bersuara. Lagi pun ia hanya di Timeline saya. Anda yang sebarkan.
Anda nak dengar nasihat siapa bab tudung? Allah tidak akan bercakap. Rasulullah saw dah wafat. Cakap orang yang setuju? Yang tak setuju?
Saya tidak usik tubuh badan kamu. Saya tegur pakaian kamu. Tubuh milik kamu. Pakaian kamu kita kongsi dalam society.
Sekularis suruh ustaz buang tajuk hudud dari Surah an-Nur, hijabister suruh ustaz buang tajuk hijab dan aurat dari surah yang sama. Nafsu!
I respect women. My mom, my wife, my daughter, my prophet's wife and all solehaat. I love them and fight against those who corrupt them.
'Hijabisters' should know, some who hate you might laugh at you. I dont make fun out of you. Im advising what I believe is the truth.
If any of hijabister meet me, I dont judge you, you're my ikhwah. If you feel unease, meaning that you're battling your ownself. Not me.
Ya Allah, ramaikanlah syaitan menangis malam ini, ramaikan malaikat rahmat meneman kami. Fitnah akhir zaman amat perit, bagai bara digenggam.
hanguskan nafsu kami yang gelojoh mahukan dunia. hiasi kami dengan keenakan iman. lindungi kami dengan kebencian terhadap kemungkaran.
Semoga leteran semalam menyedarkan kita bahawa di era tudung jadi industri dan norm, masih ramai yg belum menutup aurat dan mengaibkan Islam.
Saya doakan yang terbaik buat Karangkraf. Majalah Hijabista boleh terus berkembang dalam inovasi FUNGSI di sisi fesyen, bukan lagi TABARRUJ.
Siri Tweet Hijab semalam menunjukkan cabaran dalam beragama kita bukan sekadar ilmu, tetapi mental distortion, iaitu kesalahan cara berfikir.
Overall, hijabister is only a presenting problem. The real problem involves belief system, worldview & value system. Back to Surah al-Kahf.
Pendakwah juga tidak mempunyai privilege untuk pilih nak buat kerja dakwah yang elegan atau memalukan. Sebab itu, hijabisters perlu disentuh.
“Only women should talk about woman’s stuff” is Jahiliah paradigm. Q9:71 commands us to take care each other, male and female, believers!
Saya tak rasa kecil hati, tertekan, malu, terhina, kelakar apabila diperli dan dikutuk hijabisters. Yg penting mereka 'terdengar' kata2 saya.
A man that i admire ♥
But we as a muslimah, need,,,
♥ A man who is engaged to his deen and married to his solat..
♥ A man who loves us for the sake of Allah and who fears Allah in regard of lowering his gaze in front of women who do not belong to him.
♥ A man who would want to complete half his deen with us and not flirt with other girls or women because he respects us at least.
#I'm not a perfect muslimah, becoz of it, i need a guy that more perfect than me.. :) InsyaALLAH
Selesai 1 Kerja!
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga projek pengambaran untuk vedio arab. Sukur YA ALLAH.
Dari bahasa arab 1 sampailah bahasa arab 3, kami selalu ambil masa satu hari sahaja untuk shooting dek kerana kerja yang berlambak-lambak dan masa yang sentiasa mencemburui kami. Walaupun hanya 1 hari sahaja yang kami luangkan untuk shooting, tapi saya sebagai editor dan juga camera woman akan pastikan setiap video yang di rakamkan berkualiti dan senang untuk di edit.
Yang paling saya kagum dengan ahli-ahli group saya ( tiada niat mahu membanggakan mereka atau meninggikan diri ), mereka sangst memberi kerjasama dan mendengar arahan. ( Ini yang saya suka ). sangant memudahkan kerja saya.
mereka juga hebat dalam penghafalan skrip, mereka akan hafal bila ada scene mereka ( Ni kalau dunia perfileman dan penggambaran yang sebenar, memang awal-awal dah kena reject jadi pelakon sebab tak balik study skrip. ) dek kerana tiada masa dan bahasa arab ini hanyalah subject sampingan untuk completekan pengajian kami ( bahasa arab bahasa syurga)
Penat seharian berada diluar, berkejar kesana kemari, cuba menyiapkan project tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami.
Selesai pengambaran belum tentu sudah selesai projectnya, sekarang ni masih lagi tinggal sisa-sisa yang perlu di bereskan. iaitu, edit video dan pembetulan skrip. (Sisa??!! Sisa yang sangaaaat la banyak ) Pengalaman saya edit video, kalau sebelum ini, bahasa arab 1 dan 2 hanya melibatkan 6 scene, dan dapat siapkan dalam 24 jam (tanpa tidur)-- ( untuk menghasilkan video yang menarik dan real ) tapi untuk bahasa arab 3 melibatkan 10 hingga 11 scene.. agaknya berapa lama masa yang perlu saya peruntukkan untuk buat video arab 3 ni ye?? ( headache** --> 2 harikah?? Oh tidak!! )
walaubagaimanapun, Allah sentiasa akan membantu kita sekiranya kita sentiasa taat kepadanya. dan Moga ALLAH permudahkan lagi ursan saya untuk menyiapkan projek ini secepat yang mungkin tanpa mengganggu hari-hari yang telah di jadualkan untuk menyiapkan assignment yang lain. ( Presentation Estate agent masih menunggu..Ow Ow, TEST Mr. Roland Juga.. ).
InsyaALLAH.. Aamiin..
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga projek pengambaran untuk vedio arab. Sukur YA ALLAH.
Dari bahasa arab 1 sampailah bahasa arab 3, kami selalu ambil masa satu hari sahaja untuk shooting dek kerana kerja yang berlambak-lambak dan masa yang sentiasa mencemburui kami. Walaupun hanya 1 hari sahaja yang kami luangkan untuk shooting, tapi saya sebagai editor dan juga camera woman akan pastikan setiap video yang di rakamkan berkualiti dan senang untuk di edit.
Yang paling saya kagum dengan ahli-ahli group saya ( tiada niat mahu membanggakan mereka atau meninggikan diri ), mereka sangst memberi kerjasama dan mendengar arahan. (
![]() |
edit by : @atikakahiruddin |
mereka juga hebat dalam penghafalan skrip, mereka akan hafal bila ada scene mereka (
Penat seharian berada diluar, berkejar kesana kemari, cuba menyiapkan project tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami.
Selesai pengambaran belum tentu sudah selesai projectnya, sekarang ni masih lagi tinggal sisa-sisa yang perlu di bereskan. iaitu, edit video dan pembetulan skrip. (
walaubagaimanapun, Allah sentiasa akan membantu kita sekiranya kita sentiasa taat kepadanya. dan Moga ALLAH permudahkan lagi ursan saya untuk menyiapkan projek ini secepat yang mungkin tanpa mengganggu hari-hari yang telah di jadualkan untuk menyiapkan assignment yang lain. ( Presentation Estate agent masih menunggu..Ow Ow, TEST Mr. Roland Juga.. ).
InsyaALLAH.. Aamiin..
" Tutup aurat.. TAPI gayanya Menggoda "
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ok, masih tinggal 1 assignment yang perlu di bereskan. buka-bukak facebook yang sekian lama tak terbukak. Berhabuk bagai. penuh dengan notification.
Tetiba tertengok 1 gambar.. AHAH!! Ustaz azahar Idrus, salah seorang ustaz yang menjadi rujukan saya. dan kemudian terbaca 1 ayat dekat gambar tu.
" tutup aurat, tapi gaya menggoda..ini diharamkan, istilah ini di panggil tergedik-gedik"
Yup.. Absolutely.. definitely YES! Tapi kita tak layak mengkritik sebenarnya..
sekarang ini, dah ramai wanita/gadis/perempuan/muslimah yang berubah dan memakai tudung. ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH kerana memberi kesedaran kepada mereka. Terutama di kalangan artis, terima kasih juga kepada artis-artis kerana mereka juga memberi sumbangan kepada agama kerana mereka ini orang yang berpengaruh.
tapi.. bukan mahu mengkritik jauh sekali menghukum kerana saya juga manusia biasa yang serba kekurangan, cuma saya sebagai muslimah juga kurang enak bila terpandang wanita-wanita yang seagkatan dengan saya ( bertudung labuh ), berposing dalam keadaan yang terlebih bergaya, merlip-merlap, dan agak menggoda, sejujurkan saya malu. Berbeza bila saya memandang wanita yang bertudung biasa tapi terlebih bergaya dan mempamerkan posing yang menggoda, ( maafkan saya ), saya juga malu, tapi tidaklah semalu sebagaimana saya melihat muslimah seperti saya berposing seperti itu, kerana mereka mungkin belum di dedahkan dengan perkara sebegitu.. dan mungkin juga mereka yang bertudung labuh ini belum di dedahkan dengan perkara sebegitu, tapi rasanya mustahil jugak.. humm??.. terkilan, berfikir sejenak.
contoh model muslimah yang tidak menggoda :
Contoh model muslimah yang menggoda
cartoon dah la ye..
Artikal Pilihan : bagaimana syaitan menggoda muslimah bertudung.
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi,
"Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, tak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanitakasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu,
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita,
"Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut,
"Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain.
"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang terseksa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai,
"Menelanjangi Kaum Wanita."
”Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, kalian sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko..!
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka seakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)