.:: Followers ::.

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain bermaksud masjid 2 kiblat ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri kerana di sinilah Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT untuk mengubah arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram dan peristiwa ini berlaku dalam bulan Rejab tahun ke-2 Hijrah

Sebuah peristiwa penting berupa perpindahan arah kiblat dialami Rasulullah SAW dan para sehabat ketika sedang melakukan solat Zohor berjemaah di Masjid Qiblatain. Itulah sebabnya mengapa masjid ini dinamakan Qiblatain yang bererti dua kiblat.

Syahdan ketika Rasulullah SAW sedang melakukan solat Zohor (riwayat lain menyebut solat asar) berjemaah di Masjid Qiblatain, tiba-tiba turun wahyu (Surah al-Bagarah: 144) yang memerintahkan menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Palestin (utara) ke Kaabah di Masjidil haram di Mekah (selatan).



"Sungguh Kami melihat mukamu, menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memangmengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka lakukan ".

Padahal, ketika turun wahyu tersebut solat telah berlangsung dua rakaat. Maka begitu mendengar wahyu tersebut, serta merta Rasulullah SAW dan para sahabat terus memindahkan arah kiblatnya atau memainkan arah 180 darjah. Dan peristiwa perpindahan kiblat itu dilakukan sama sekali tanpa membatalkan solat. Juga tidak dengan mengulangi solat dua rakaat sebelumnya. Ayat itu sendiri adalah ayat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang telah lama mengharapkan dipindahkannya kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab 12 H itulah yang menjadi cikal bakal pemberian nama Masjid Qiblatain yang bererti dua kiblat. Sebelum dinamakan Qiblatain kerana perubahan arah kiblat itu, masjid yang terletak di atas bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah, itu bernama Masjid Bani Salamah.


Dekat Masjid Qiblatain ada telaga yang diberi nama Telaga Raumah, sebuah sumber air milik orang Yahudi. Mengingat pentingnya air untuk masjid, maka atas anjuran Rasulullah SAW, Usman bin Affan dan menebus telaga tersebut dengan harga 20 ribu dirham dan menjadikannya sebagai wakaf. Air telaga tersebut sehingga sekarang masih berfungsi untuk bersuci dan mengairi taman di sekeliling masjid, serta keperluan minum penduduk sekitar. Hanya bentuk fizikalnya sudah tidak kelihatan, kerana ditutup dengan tembok.
Dalam perkembangannya, pemulihan Masjid Qiblatain terus-menerus dilakukan, sejak zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, hingga zaman pemerintahan Arab Saudi sekarang ini. Pada pemulihan-pemulihan terdahulu, tanda kiblat pertama masih jelas kelihatan. Di siu terdapat ayat QS. AlBaqarah: 144, ditambah larangan bagi sesiapa saja yang solat agar tidak menggunakan kiblat lama itu.

Berziarah ke Masjid Qiblatain mengandungi banyak hikmah. Selain ibadah solat wajib dan sunat di sana, jemaah boleh juga memetik ibrah (suri teladan) dari para pejuang Islam tempoh awal (as-sabiqunal awwalun) yang begitu gigih menyebarkan risalah Islamiyah, melaksanakan perintah Allah SWT baik dalam segi ibadah mahdlab (ritual), seperti berjemaah, menukar kiblat, dan menyucikan diri, mahupun dalam segi ibadah ghair mahdlah (sosial) seperti menyisihkan harta untuk kepentingan umat, untuk memulihkan masjid dan lain-lain.

Bila merujuk kepada peristiwa di atas, maka kita perlu memberitahu arah kiblat yang sebenarnya meski kepada orang yang sedang solat. Dan baginya boleh mengubah dan membetulkan arah kedudukan kiblat meski dalam solat, tanpa perlu mengulangi rakaat yang salah arahnya.

sumber : Majalah Travel Club


1 comment:

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...