.:: Followers ::.

.;: Kafir = Kufur = Ingkar. :;.

Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Sedikit pencerahan dan perkongsian.

Kafir dan Jahil adalah perkataan yang takut untuk saya gunakan. Dalam surah Al-Fatihah, Allah mengingatkan kita..

" hanya Allah sahaja yang 'raja' dalam menghakimi dihari pembalasan."

"Jahil' yang sebenar hanya layak dinilai oleh Allah. Penilaian manusia selalunya tidak tepat atas sebab keterbatasan ilmu dari Allah.

Sesetengah atau kebanyakan dari kita pasti dan semestinya akan marah, bengang dan tersinggung sekiranya mereka di labelkan sebagai 'KAFIR'. Tapi sedarkan kalian bahawa kafir itu adalah dari kalangan kita?

Apa maksud kafir? Kafir itu dari huruf Kaf, Fa dan ra,
Kafir = kufur = INGKAR.

Rujuk bahasa arab dan terjemahan ( cth : 2:6, 2:152, 2;89, 5:17,4:140.. dan banyak lagi )

Maksud kafir = orang yang tidak beriman. Sesiapa yang tidak beriman, maka dia lah kafir. Beriman = orang yang percayakan Allah swt. Orang yang percayakan Allah swt = bersolat, berpuasa, berzakat, cegah mungkar, laksanakan kebaikan. :)

Siapakah orang yang ingkar? orang yang ingkar ialah orang yang tahu, tapi tidak melaksanakannya. Ada peraturan, tapi melanggarnya. Mereka ini golongan yang ingkar..

Jika kafir merujuk kepada mereka yang belum Islam, bagaimana pula yang sudah mengenali dan kembali pada Islam. Atau mereka yang dilahirkan sebagai islam tetapi perbuatan dan niat tidak menjurus kepada nilai sebenar Islam itu sendiri?





Merujuk al-Quran; makhluk yang terawal diisytihar sebagai kafir oleh Allah ialah Iblis. Jadi untuk mengetahui apa maksud kafir (secara asasnya) eloklah kita merujuk bagaimana Iblis menjadi kafir. Allah menyuruh Jin dan Malaikat tunduk kepada Adam. Semuanya patuh kecuali Iblis. Allah kata: Watakbara; waka naminalkafirin. Jadi kafir bukannya panggilan orang yang tidak mengenal Allah; kerana Iblis amat mengenal Allah; malah Iblis tidak menolak ketuhanan Allahpun (Hingga sekarang Dia tidak menyembah selain Allah). Iblis menjadi kafir kerana ia (takbur) dan tidak patuh. Al-Quran ada menyebutkan mereka (Yahudi, Nasrani dan Sabiin) yang beriman dan beramal soleh akan ditempatkan di syurga. Namun tidak terdapat sebarang petunjuk (jelas atau isyarat) dalam al-Quran yang orang kafir (juga orang syirik yang dosanya tidak diampunkan) boleh masuk syurga.

Jadi; jelas orang kafir ialah orang yang kenal siapa Tuhan; tetapi sengaja tidak mematuhi perintahNya (atau sengaja melanggar laranganNya). Janganlah menjadi kafir lalu menyangka (dengan megahnya) bahawa Hindu, Buddha dan Kristian tu yang kafir. Andainya mereka memang tidak tahu apa-apa tentang kebenaran beragama (kerana atas nama budaya mewarisinya daripada nenek moyang) berbanding kita yang mengaku Islam ini; siapa yang lebih kafir?

Elok rasanya kita tanya diri sendiri. Adakah kita ini tergolong orang yang sudah tau tetapi ingkar atau mereka yang jahil. Ataupun yang munafik iaitu ikut tetapi kerana terpaksa dengan erti kata lain pura-pura.

Bagaimana pula seorang mengaku Islam ingkar kepada Allah seperti tidak melaksanakan perintahnya dengan sengaja? So, siapa kita? kita hamba Allah. Hamba Allah yang bagaimana? Renung-renungkan dan muhasabah bersama..

Tapi jangan terlalu udah mengkafirkan orang lain.


49:11-""Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Renungan untuk diri sendiri dan sahabat. Lebihnya dari Ilmu Allah, Kurangnya dari saya yang lemah lagi kekurangan ilmu. Hanya sekadar perkongsian :)









2 comments:

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...