.:: Followers ::.

sudikan membaca, dan sudikanlah mencerna..


saya hanya seorang hamba ALLAH yang mendambakan hidayahNYA...dahulu saya seorang hamba, kini juga seorang hamba dan selamanya tetap hamba kepada ILAHI..dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya saya seorang ustazah. Labuh mana tudung ku, tidak semestinya saya seorang yang alim..dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud saya ini adalah la orang yang sebaik-baiknya..saya cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti anda. cuma saya berkongsi apa yang saya pelajari dan apa yg saya tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik


Islam adalah bukan mengenai 'kami lebih baik daripada kamu'. Islam adalah mengenai 'biar saya tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik..'..kita yang tidak sempurna ni mengejar kesempurnaan hanya untuk menjadi yang terbaik di sisinya.. tetapi jangan mengejar kesempurnaan sehingga melanggar batas2 agama.. semoga Allah permudah segala ursan kita..insyaALLAH


Sesungguhnya apabila saya menasihati kamu, bukanlah bererti saya yang terbaik dalam kalangan anda, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan anda, kerana saya juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
"Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri


pesanan buat sahabat2 :


semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia Mariam, menjadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi perempuan tabah, sekukuh hati Asiah, menjadi serikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah, menjadi insan indah seanggun akhlaq RabiatulAdawiyah, menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah, semoga berjaya menjadi perempuan & kekasih idaman setiap kalbu kecintaan Tuhanmu..
semoga berjaya menjadi lelaki semulia Muhammad,semoga berjaya menjadi lelaki setaqwa Ibrahim,
semoga berjaya menjadi lelaki setabah Isa atau Ayub,semoga berjaya menjadi lelaki segagah Musa,
semoga berjaya menjadi lelaki setampan Yusuf.
....


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..


Makin kita mendekatiNYA..Makin kita diuji..Makin kita banyak berdoa..Semakin banyak ujian menimpa..kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA..kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu tapi DIA memberi apa yang kita perlu.

maafkan saya jika ada tersilap bicara selama mana kita bersahabat. Apa-apa tulisan saya yang tersilap minta diperbetulkan dan jika ada yang terkasar minta dimaafkan..yang saya tahu... Mungkin apa yang saya pelajari tidak menepati yang hakiki, dan saya berserah kepadaNya . amiin..

No comments:

Post a Comment

kata-kata anda amat berharga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...