Godek-godek laptop, entah apa nak buat tak tahu. kerja berbundle-bundle tapi macam tak da menda. Student Life memang macam nih.
Tetiba teringat kat sahabat-sahabat yang dah nak kahwin. Tahniah buat mereka! uish.. seronoknyaa..
Maka bermulalah episod yang memang sentiasa bermain-main di fikiran, berawang-awangan, berbelon-belon, berterbang-terbangan imiginasi. "I think, its normal", bila kita dah besar remaja dewasa, pasti akan fikir bab kahwin. its reality ok. tapi sudah bersediakah anda? tanggungjawap sebagai suami atau isteri itu sangat besar. Mulut kata "Ye, saya dah sedia!, tak sabar-sabar nih!".. tapi praktikalnya ada tak? tepuk dada tanya iman.
Saya hadirkan dengan lajunya jari-jemari saya menaip entri malam ini bukan mahu membicarakan soal tanggungjawap suami dan isteri. tapi suka sekali saya membicarakan soal pakaian pengantin.. Wouh!, i Like It. Teruja sangat. So, tanpa buang masa. saya Godek-godek laptop, google-google cari baju pengantin... tapiii... sangat menyedihkan. susahnya nak jumpa baju pengantin yang betul-betul ikut syariat. Kebanyakannya Seksi-seksi, sendat-sendat, ketat-ketat, semua nampak. Kadang-kadang seperti satu trend sekarang ini, bila mahu akad nikah, pengantin perempuan bertudung litup walaupun pakaiannya sendat menampakkan bentuk badan. Ada pengantin selama ini memakai tudung sepenuh masa tapi bila tiba hari kahwin atau bila mengadakan pelbagai majlis dalam sambutan perkahwinan tu, sanggup membuka tudung.
Bagi seorang muslimah, terkadang sulit menentukan gaun pengantin muslimah yang sesuai dengan syariat kerana pilihannya yang terbatas. Tapi kita sebagai muslimah boleh mengatasinya dengan membuat baju pengantin dengan keinginan sendiri. Baju pengantin yang baik adalah yang tidak ketat membentuk tubuh, tidak tipis atau transparent, mesti menutup aurat (seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan).
Antara tips untuk memilih baju pengantin :
1. Pilihlah yang longgar dan tidak membentuk lekukan tubuh.
2. Hindari bahan-bahan pakaian yang panas, pilihlah bahan yang lembut dan dingin pada saat dikenakan.
3. Jika anda bertubuh gemuk, pilihlah yang sedikit memiliki aksesoris dan fokuskan aksesoris pada tudung.
4. Cubalah pilih gaya yang simple.
Ok dah. Sekarang saya nak berkongsi sikit antara baju-baju pengantin yang berjaya menambat hati saya. :)
* * * * * * * * * * *
Sedikit pesanan buat Muslim & Muslimah di luar sana
Duhai saudara muslimahku sayang,
Jagalah aurat kita di dalam apa jenis majlis pun. Kenapa menurut saja kata mak andam dan orang tua? Bukankah menurut kata Allah itu lebih utama? Sedih hati ini bila melihat aurat mereka yang terkenal dirakam di dalam akhbar, dilihat berjuta orang, dipuja dipuji, kemudian dicontohi pula oleh orang lain. Kasihan tapi apakan daya, diri ini tidak mampu menegur atau menyampaikan kebenaran.
Duhai lelaki,
Jangan jadi dayus! Jadilah lelaki yang sebenar. Pastikan pasangan pengantin mu menjaga auratnya dengan baik, pergaulannya dan akhlaknya. Awal sebuah perkahwinan yang menjaga adab-adab Islam (BUKAN adab-adab Melayu) insyaallah akan membuahkan perkahwinan yang diberkati Allah.
1. Pilihlah yang longgar dan tidak membentuk lekukan tubuh.
2. Hindari bahan-bahan pakaian yang panas, pilihlah bahan yang lembut dan dingin pada saat dikenakan.
3. Jika anda bertubuh gemuk, pilihlah yang sedikit memiliki aksesoris dan fokuskan aksesoris pada tudung.
4. Cubalah pilih gaya yang simple.
Ok dah. Sekarang saya nak berkongsi sikit antara baju-baju pengantin yang berjaya menambat hati saya. :)
* * * * * * * * * * *
Mestilah Seperti ukhti muslimah ini. Cantik berseri-seri. InsyaALLAH
Imam Muda Hassan dan Zaujah.
Busana pengantin dari Indon. sangat anggun. InsyaALLAH
Kak Aini farhana (senior ) dengan zaujnya (Nur-one)
warna biru cantik ni , tambah manik-manik sikit.
Cantik berseri.
Irma Hasmi punya baju penganti pun sangat simple dan cantik.
Tudung dia menutupi dada. Hijau ni canttik jugak.
Bunga di situ menambahkan seri pengantin muslimah :)
Dato' siti Nurhaliza. tapi tudung kena labuh and tutup dada ye cik siti.
* * * * * * * * * * *
Duhai saudara muslimahku sayang,
Jagalah aurat kita di dalam apa jenis majlis pun. Kenapa menurut saja kata mak andam dan orang tua? Bukankah menurut kata Allah itu lebih utama? Sedih hati ini bila melihat aurat mereka yang terkenal dirakam di dalam akhbar, dilihat berjuta orang, dipuja dipuji, kemudian dicontohi pula oleh orang lain. Kasihan tapi apakan daya, diri ini tidak mampu menegur atau menyampaikan kebenaran.
Duhai lelaki,
Jangan jadi dayus! Jadilah lelaki yang sebenar. Pastikan pasangan pengantin mu menjaga auratnya dengan baik, pergaulannya dan akhlaknya. Awal sebuah perkahwinan yang menjaga adab-adab Islam (BUKAN adab-adab Melayu) insyaallah akan membuahkan perkahwinan yang diberkati Allah.
:)
ReplyDeleteAssalamualaikum, nice entry...
ReplyDeleteMay Allah bless us =)
KEREN..!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesy tengah mencari2 idea untuk baju perkahwinan..
tp bile tgk blog awak tringat blog saye yg hidup segan mati tak mau...huhu
teringin sangat suatu hari tulisan sy boleh menjadi manfaat pd orang lain.. tapi tak tau mcm mne nk mule...isk3
harap boleh kongsi ilmu dgn saye.. ^_^
assalamualaikum..tme ksh sgt...
ReplyDeletesaya dalam dilema nk wat baju pengantin..lagi 2 bulan je lagi..
badan yg agak gempal merisaukan sya....
Nice.. Mohon copy&paste pesanan bwh tu ye.. Mau share.. Huhu..
ReplyDelete