Bila bersahabat, banyak yang kita hendaki dan impikan dari sebuah persahabatan. Dan sudah tentu apa yang bermain didalam fikiran semua yang baik-baik dan positif belaka. Tidak ramai yang berani menilaikan sahabat yang sebenarnya.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi menasihatkan kita dengan baik, mengajak kita kebaikan, yang berkongsi kasih sayang dengan keikhlasan dan JUJUR ini paling penting. Besarnya persahabatan itu, dikala susah, menangis bersama dan merasa duka bersama, Dalam kegembiraan, dia sudi mendengar kegembiraannya dan selalu mendoakan sahabatnya bertambah kebahagiaan.
Kadang-kadang kita menyangka sesuatu yang manis itu akan terus kekal manis sehingga hayat terakhir, tetapi kemanisan bukanlah sebegitu. Hakiki nya Allah jua yang mengatur dan merancang, akan tetapi sebagai manusia kita akan cuba untuk menghindarkan kepahitan yang dapat memudarkan kemanisan tersebut.
Tapi..kemanisan yang dibina bukan lah beerti akan terus sebegitu selamanya,,, hancur hati ini tatkala segala kemanisan sedikit-sedikit bertukar menjadi pahit. Kadang-kadang hidup seseorang ini begitu complicated dan tersendiri, mempunyai prinsip sendiri, menpunyai maruah tersendiri, mempunyai kepercayaan tersendiri, ya,, kepercayaan terhadap sesuatu yang indah.
Namun kita tak hidup dalam dunia fana tetapi dalam dunia realiti dimana tak semua apa yang kita jangkakan itu menepati ramalan. Begitu juga dengan sebuah persahabatan. Bukan semuanya indah belaka. Dalam menempuh sebuah perhubungan persahabatan, pelbagai onak dan duri ditempuhi. Kekadang kita tewas dan kekadang kita yang tak rasa mampu meneruskannya lagi. Tapi perlu diingat satu perkara, jika tewas, jika berhenti disini saja, bukannya semua salah kita. Barangkali itulah yang terlebih baik buat diri kita dan dia. Nauzubillah.
Tapi dalam bersahabat itu penting sekali memaafkan. Mungkin pahit dan pedih tapi itulah yang terlebih baik buat kita. Buat apa hendak menyimpan dan memendam jika ianya mampu menjadi kudis dan seterusnya kanser yang mampu memudaratkan diri.
Benar.. segala sesuatu itu tidak kira baik atau buruk terjadi dengan sebab izinNya.. Tetapi atas sebab itu jugalah sebenarnya Allah swt menginginkan manusia menyantuninya secara bijaksana..
Manusia bukan makhluk yang di ciptakan ALLAH untuk mengetahui setiap isi hati manusia, bersyukur di kurniakan mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, telinga untuk mendengar, hati untuk merasa dan akal fikiran untuk berfikir dan menilai
Jika kita lihat orang susah untuk menerima kita, sejauh mana pula kita menerima orang lain? Maka jangan lihat sebelah utara sahaja, lihatlah selatan timur dan barat. Barulah 1 GLOBE akan terbentuk menjadi rantaian kehidupan.
Terkesan
dengan Quote ini.
“persahabatan
itu adalah perkongsian... perkongsian suka dan duka dalam kehidupan...sekali
salam persahabatan aku hulurkan... selamanya kau tetap sahabatku... maafkan aku
andai ada silapku... kerana aku punya banyak khilaf.. aku bukan
manusia sempurna.. untuk menjadi sahabat yang sempurna..”
Sahabat sejati. UNIC
“Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi”
A broken
heart hidden under a smile doesn't mean our fake, it just shows our strong
enough to move on even after all the pain of experienced. Each moment contains
a hundred messages from Allah. To every cry of 'Ya Allah', Allah answers a
hundred times by 'I am here'.. Thanks ALLAH.
No comments:
Post a Comment
kata-kata anda amat berharga. :)