.:: Followers ::.

Aku Terima Nikahnya - Imarahkan Masjidmu Lillahitaala.

SubhanAllah.


Seronoknya melihat pasangan yang di nikahkan. Saat di ijab qabul dan di lafazkan kata akad "aku tetima nikahnya..", bukan saja pengantin yang mengalirkan airmatanya, malah diri sendiri pun akan menangis saat akad ijab dan qabul. Sedih kerana diri ini masih belum mampu. Masih belum mampu dari segala segi terutama ilmu agama.

Nak 'membina masjid' itu memang mudah. Tapi nak 'mengimarah' kannya itu tak semudah yang disangka.

Ibarat menulis lagi mudah dari berkata-kata. Tapi berkata-kata tak semudah praktikalnya. Perlunya berlandaskan ilmu agama dan akhlak yang baik. Kalau semata-mata kerana nafsu, memang boleh 'balik awal'". Maka Perlu ada persediaan dalam semua perkara.

Setelah bernikah, banyak lagi yang perlu di fikir. Dulu dosa mak ayah tanggung, diri sendiri tanggung. Dah bernikah, suami tanggung. Tanggungjawap di pikul bersama. Perlu bersedia dalam semua benda. Rohani dan jasmani. Zahir dan batin.

Tapi kadang manusia ini lupa dan terlalu leka akan keseronokan bernikah sehingga lupa apa tujuan menikah. Menikah juga satu medium yang boleh menambahbaikkan akhlak dan nilai ihsan dalam diri suami/isteri.


Bernikah itu ibadah, cuma perlu di ingat bahawa menikah bukanlah puncak prestasi yang patut kita bangga-banggakan, janganlah sampai kita merasa diri lebih baik dari orang lain kerana kita sudah bernikah.

Marilah kita berlindung pada Allah dari tipu daya syaitan seperti ini.

Kerana sepatutnya pernikahan itu menjadi sebuah madrasah, media dakwah dan tarbiyah. Menjadikan kita semakin merasakan Kebesaran Allah, menjadikan tumbuhnya cinta dan kasih sayang semakin menjauhkannya dari hubbud dunia, membuat kita semakin mengerti akan kegelisahan saudara kita,Sehingga keberkahannya akan bergema pada orang-orang di sekitarnya. SubhanAllah. (n_n)




“Menikah, adalah fitrah, merupakan ibadah tempat menuai berkah”




Raise Hand & Pray For Egypt (T_T)

Buat sekalian saudaraku di Mesir.

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.




Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.



Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.


Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.



Copy-Paste.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...